Friday 13 May 2011

projek ikan keli organik berkelompok

AGRO MULTY TRADING
Projek penternakan Ikan Keli Organik yang di usahakan oleh Syarikat AGRO MULTY TRADING (NS 0057781-P)merupakan salah satu projek penternakan terkini yang menggunakan kaedah Bioteknologi pemakanan yang berasaskan bahan organik.
PENGENALAN PROJEK PENTERNAKAN BERKELOMPOK IKAN KELI ORGANIK BAKA PEJAL

Projek Penternakkan Ikan Keli Organik Baka Pejal merupakan projek yang diusahakan oleh syarikat AGRO MULTY TRADING dengan diusahakan secara berkelompok.Kaedah penternakan gabungan kaedah semulajadi dan bioteknologi terkini yang menjadikan bahan organic sebagai salah satu sumber pemakanan,mampu melahirkan satu genetic ikan air masin yang dinamakan “ Keli Baka Pejal “ yang telah dikenal pasti penghasilan yang :
  • Bermutu tinggi
  • Berkhasiat
  • Bersih
  • Suci
  • Pejal
  • Tidak berbau hanyir
  • Halal
Lantaran tuntutan pasaran yang semakin berkembang, syarikat AGRO MULTY TRADING telah merangka beberapa pakej penternakan berkelompok yang fleksibel untuk disertai dan diusahakan secara usaha-sama tanpa  melibatkan kos penternakkan yang tinggi dan ruang ternak yang luas.
Dalam ertikata sebenar,projek penternakan ikan keli organic Baka Pejal ini,telah mencetus era baru dalam usaha penternakan ikan air tawar secara amnya kerana melalui kaedah yang diamalkan oleh pihak syarikat AGRO MULTY TRADING ,mampu :
  • Menjimatkan kos penternakan
  • Mempercepatkan proses tumbesaran
  • Meminimakan penggunaan air
  • Tidak berbau hanyir
  • Penggunaan air buangan kolam sebagai baja
  • Meningkatkan kualiti dan rasa ikan
  • Menjimatkan masa penternakan
  • Menjimatkan kos penternakan
Dengan adanya kaedah penternakan yang dinyatakan di atas,diunjurkan sebagai mampu member pulangan lumayan kepada penternak berbanding kaedah penternakan lama yang agak merugikan.