Projek penternakan Ikan Keli Organik yang di usahakan oleh Syarikat AGRO MULTY TRADING (NS 0057781-P)merupakan salah satu projek penternakan terkini yang menggunakan kaedah Bioteknologi pemakanan yang berasaskan bahan organik.
PENGENALAN PROJEK PENTERNAKAN BERKELOMPOK IKAN KELI ORGANIK BAKA PEJAL
Projek Penternakkan Ikan Keli Organik Baka Pejal merupakan projek yang diusahakan oleh syarikat AGRO MULTY TRADING dengan diusahakan secara berkelompok.Kaedah penternakan gabungan kaedah semulajadi dan bioteknologi terkini yang menjadikan bahan organic sebagai salah satu sumber pemakanan,mampu melahirkan satu genetic ikan air masin yang dinamakan “ Keli Baka Pejal “ yang telah dikenal pasti penghasilan yang :
- Bermutu tinggi
- Berkhasiat
- Bersih
- Suci
- Pejal
- Tidak berbau hanyir
- Halal
Dalam ertikata sebenar,projek penternakan ikan keli organic Baka Pejal ini,telah mencetus era baru dalam usaha penternakan ikan air tawar secara amnya kerana melalui kaedah yang diamalkan oleh pihak syarikat AGRO MULTY TRADING ,mampu :
- Menjimatkan kos penternakan
- Mempercepatkan proses tumbesaran
- Meminimakan penggunaan air
- Tidak berbau hanyir
- Penggunaan air buangan kolam sebagai baja
- Meningkatkan kualiti dan rasa ikan
- Menjimatkan masa penternakan
- Menjimatkan kos penternakan